Friday, May 10, 2013

kehidupan seorang ABAH !!!


     tanpa seorang ABAH !! siapalah kita di dunia nie ?? setiap perjalanan seseorang kaum adam itu akan tiba  masanya untuk menjadi seorang AYAH !!! ikutilah kisah ini !!
    12 april 2001 dia kehilangan isteri yang tercinta dengan meninggalkan 5 cahaya mata sebagai kenangan yang terindah !! segala cara akan dia lakukan untuk menjaga amanah yg diberikan oleh ALLAH padanya selagi hayat dikandung badan !! walaupun ALLAH memberikan dugaan yang sangat besar padanya, dia seorang ayah tetap berusaha mendidik anak-anaknya sehingga memiliki ilmu didunia, dia berjaya mendidik anak-anaknya agar tidak menjadi sampah masyarakat !! walaupon tidak semua anaknya berjaya dgn cemerlang, namun mereka tetap mampu menyara kehidupan mereka sekeluarga !!!     Walaupun pelbagai onar yang dia terima dr orang sekelilingnya dia tetap berdiam, agar yg lain tidak berkecil hati !!! dia tetap tersenyum walaupun org disekelilingnya memberikan pelbagai hinaan,kutukkan dan merendah-IIkan kehidupannya !!! hanya ALLAH saja yang tahu isi hati hambanya !!! hanya ALLAH MENGERTI kedukaan yg dialami hambaNYA ....      16 jun 2012 ~ dia kehilangan seorang dari anaknya yang disayangi ... sewaktu anaknya sedang bertarung nyawa.. dia tidak pernah mengeluh ataupun berkira sekali pun untuk menjaganya ... dia menahan matanya dari idur,dia mengikat perutnya dr lapar, dia menahan segala tenaga untuk menjaga anaknya yang tidak berdaya !!!! tidak pernah sekalipu dia menitiskan air mata didepan anak-IInya ... sering menangis seorg diri, menahan segala keperitan hati dr diketahui orang ... akan tersenyum bila berhadapan dengan anaknya yang sedang sakit, bergurau senda, dan tidak jemu menjaga keperluan anaknya !!!!!     15 jun 2012~ doktor memanggil kesemua ahli keluarganya !!! menyatakan bahawa anaknya tidak lagi mempunyai harapan untuk hidup dan kini anaknya hanya bergantung nyawa pada mesin !!! betapa luluhnya hati keluarga mereka apabila megetahui org yang mereka sangat sayangi akan meninggalkan mereka selama-IInya .. betapa peritnya yg sedang mereka rasa ... di saat itulah AIR MATA SEORANG ABAH !! mengalir dan terus mengalir .. tidak mampu lagi untuk menahan saat rasanya kehilangan anaknya yang selama ini dididik dengan kudratnya seorang diri !!! betapa peritnya melihat keadaan anaknya itu disaat ingin pergi menghadap illahi !!!!! namn dia tetap REDHA !! REDHA dengan pemergian anaknya ... dan sejak saat itu dia menyimpan air matanya semula dan hanya memendam segala keperitan hati seorg diri !!!!! BETAPA kuatnya dan tabahnya dia sebagai SEORANG ABAH !!! 
   Andai dia seorang insan yg biasa,tiada nama,tiada harta mampu menyara keluarga seorang diri dgn segala daya yang ada .. kenapa kita sebagai anak tidak pernah sekalipun menyenangkan hatinya ????? kenapa kita sebagai seorang anak tidak dapat mengembirakan dia selagi nyawa masih ada???? tidak pentingkan beliau untuk kita ???
muhasabahkan lah diri !!!! tanpa ABAH SIAPALAH KITA DI MUKA BUMI ALLAH INI !!!!! ^_^Y